UMW Toyota daftar 95,861 unit jualan pada 2015, Toyota Vios dan Lexus NX model paling popular

By  |  0 Comments

Toyota Vios 2013

UMW Toyota Motor Sdn Bhd telah mengumumkan jualan keseluruhan bagi modelnya di Malaysia untuk tahun 2015 adalah sejumlah 95,861 unit. Di mana, daripada jumlah keseluruhan itu, 93,760 unit adalah daripada model Toyota, dan 2,101 unit pula model Lexus.

Daripada jumlah keseluruhan 93,760 unit bagi Toyota, Vios dicatatkan menjadi model paling tinggi jualannya iaitu menghampiri 34,000 unit. Manakala, Hilux double cab pula didaftarkan sebanyak 24,000 unit dan diikuti dengan Corolla Altis sebanyak 8,000 unit. Bagi model hibrid pertama Toyota yang dipasang di dalam negara (CKD), Camry Hibrid pula dijual melebihi 5,000 unit.

Bagi model premium Lexus pula, tercatat rekod jualan sebanyak 2,101 unit dengan model Lexus NX menyumbang lebih 1,000 unit iaitu merangkumi 54% keseluruhan jualan Lexus di Malaysia. Lain-lain model seperti ES dan EX pula menyumbang 33% dan 9% daripada keseluruhan jualan tersebut.

NX200T_Ext_03

Menurut Akio Takeyama, Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, “Tahun lalu merupakan antara tahun yang memberangsangkan buat UMW Toyota Motor. Kami telah melancarkan langkah dan inisiatif pemasaran baharu bagi merangsang pertumbuhan jualan. Di samping itu, pengenalan model Camry Hibrid iaitu model hibrid pertama yang dipasang di sini turut menyumbang pada rekod jualan yang memberangsangkan ini.”

Sambungnya lagi, “Bagi barisan model Lexus pula, pengenalan beberapa model baharu termasuk NX, EX dan RX turut membantu melonjakkan lagi posisi Lexus di dalam segmen kenderaan mewah. Terima kasih kepada semua pelanggan kami kerana sokongan yang berterusan terhadap dua jenama ini.”

Datuk Ismet Suki, Presiden UMW Toyota Motor pula menambah, “UMW Toyota Motor mahu sedikit berhati-hati dengan melihat trend jualan semasa tetapi kekal positif dengan sasaran kami untuk 2016. Kami juga akan melancarkan beberapa model lagi pada tahun ini.”

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *