Warga Singapura ‘hutang’ RM6.5 juta atas kesalahan saman trafik tertunggak

By  |  0 Comments

PDRM_1

Pemandu Singapura didapati berhutang sebanyak RM6.5 juta pada bahagian trafik Negeri Johor atas kesalahan saman trafik yang belum dijelaskan sejak dua tahun yang lalu, laporan New Straits Times.

“Sebanyak lebih daripada 40,000 pesalah trafik dari Singapura yang melakukan kesalahan trafik di Johor. Mereka masih belum menjelaskan tunggakan saman sebanyak RM6.5 juta sejak dua tahun yang lalu,” ujar Ketua Polis Trafik Johor, Supt Baharudin Mat Taib.

Baharudin berkata, polis Johor kini turut sedang mengesan 30,000 pesalah trafik tempatan yang turut melakukan kesalahan yang sama dan waran tangkap juga telah dikeluarkan. Ia membabitkan jumlah saman tertunggak sehingga RM9.3 juta.

Sepanjang tahun lalu, polis mengeluarkan sebanyak 489,947 saman kepada pesalah trafik di seluruh negeri berbanding 514,462 saman pada tahun 2014.

Menurut Baharuddin, daripada jumlah itu, dianggarkan hanya kira-kira 72,000 saman dengan nilai RM21.8 juta telah dilunaskan, manakala bakinya masih tertunggak.

Beliau turut berkata, serentak dengan Op Warta, pihaknya juga akan menjalankan Op Halangan, Op Mabuk, Op Had Laju dan Op Lumba Haram bagi mengurangkan kesesakan, kadar kemalangan dan memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya.

Bagi anda yang memiliki saman tertunggak ini, sila jelaskannya secepat mungkin kerana polis trafik bakal menjalankan Operasi Waran Tangkap Trafik (Ops Warta) secara besar-besaran bagi menangkap pesalah trafik yang degil menyelesaikan saman ini. Ops Warta ini akan ditentukan dalam masa terdekat, mungkin diselaraskan dengan sambutan Tahun Baharu Cina

Sumber foto : Laman Facebook PDRM

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *