Alfa Romeo Giulietta 2017 bakal menggunakan platform Giulia

By  |  0 Comments

Alfa_Romeo

Alfa Romeo dikatakan sedang melakukan sentuhan akhir bagi model facelift Giulietta namun perinciannya masih tidak diumumkan secara rasmi.

Namun begitu, laporan dari Auto Express menyebut, pereka Fiat-Chrysler Automobiles, Alberto Dililo telah mengesahkan Giulietta tersebut menggunakan platform Giulia dan versi yang lebih pendek sedikit berbanding model tersebut.

Malah Dillilo turut berkata, kemungkinan besar Giulietta 2017 ini dipadankan dengan pacuan roda-belakang.

Walau bagaimana pun, masih tiada pengesahan sahih mengenai perkara ini. Cuma Alfa Romeo pernah mengumumkan syarikatnya kini sedang fokus untuk membangunkan kenderaan pacuan semua-roda dan roda-belakang yang terbaik dalam kelasnya.

Model Giulietta facelift ini dijangka bakal diperkenalkan di pasaran dunia pada tahun 2017.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *