Kekalkan semakan harga bahan api setiap bulan – Presiden IKS

By  |  0 Comments

Petronas Primax 97 Euro 4M 002

Persatuan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) telah memberikan respons mengenai saranan Persatuan Pengusaha Stesen Minyak yang mahukan harga bahan api disemak setiap minggu.

Menurut Presiden IKS, Michael Kang, secara dasarnya, IKS telah menolak saranan tersebut dan meminta pihak kerajaan meneruskan semakan harga bahan api setiap bulan.

Memetik laporan The Star, Kang berkata, jika semakan harga bahan api dilakukan setiap minggu, pihak IKS perlu mula memantau harga bahan api dunia untuk meramalkan bajet mereka jika kos tersebut adalah salah satu komponen utama dalam kos operasi mereka.

Kang berkata, “Sistem yang dicadangkan ini harus memberikan manfaat buat IKS. Jika harga dinaikkan secara mendadak, pasti akan membebankan mereka kerana ia memberikan kesan terhadap kos operasi.”

RON-97-petrol

Setiausaha Terhormat Persatuan Dewan Perniagaan Cina dan Industri Malaysia, Datuk Low Kian Chuan, turut bersetuju dengan kenyataan Kang, dan menambah, “Ahli perniagaan harus tahu bagaimana hendak menyesuaikan diri dengan keadaan jika ada perubahan serta kena tahu bagaimana hendak meramalkan perkara yang berkaitan. Selalunya, harga bahan api hanya berubah dalam 3% dan 5% sahaja.”

Sambungnya lagi, “Jika peningkatan harga bahan api melebihi 10%, ia pasti memberikan kesan yang besar terhadap operasi perniagaan.”

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *