PUSPAKOM buka cawangan baharu di Perai

By  |  0 Comments

puspakom-cermin-gelap-850x534

PUSPAKOM Sdn Bhd (PUSPAKOM) telah mengumumkan pembukaan cawangan terbaharu di Perai, Pulau Pinang, yang akan mula beroperasi pada 4 Januari ini. Ia terletak di 2410 Jalan Perusahaan, Kawasan Perindustrian Perai.

Pusat pemeriksaan PUSPAKOM Perai ini merupakan cawangan yang ke-empat di Pulau Pinang selain di Mak Mandin, Teluk Kumbar dan Batu Maung dan cawangan yang ke-56 di seluruh negara.

PUSPAKOM telah melaburkan lebih RM1.6 juta untuk cawangan baharu tersebut dan cawangan ini dikhususkan untuk pemeriksaan bagi kenderaan ringan seperti kenderaan persendirian, teksi, kereta sewa pandu dan kereta sekolah memandu.

Pusat pemeriksaan yang mempunyai tiga lorong ini dapat menjalankan sebanyak 150 pemeriksaan sehari. Ia dilengkapi dengan ruangan menunggu berhawa dingin dan surau untuk memberikan kemudahan dan keselesaan kepada para pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Encik Mohammed Shukor Ismail berkata, “Bilangan kenderaan yang wajib menjalankan pemeriksaan di Pulau Pinang dan wilayah utara semakin bertambah. Oleh itu, pembukaan pusat pemeriksaan PUSPAKOM Perai ini adalah tepat pada masanya kerana ia akan membantu menampung keperluan pelanggan kami selain melancarkan aliran trafik di pusat-pusat pemeriksaan PUSPAKOM yang terdapat di Pulau Pinang.”

Sementara itu, mulai pada 4 Januari 2016, Pusat Pemeriksaan PUSPAKOM Mak Mandin tidak lagi menjalankan pemeriksaan bagi kenderaan persendirian, teksi, kereta sewa pandu dan kereta sekolah memandu memandangkan Pusat Pemeriksaan PUSPAKOM Perai telah dikhususkan untuk pemeriksaan kenderaan berkenaan.

Untuk maklumat lanjut, para pelanggan boleh menghubungi talian bebas tol PUSPAKOM 1-800-88-6927 atau layari laman sesawang PUSPAKOM di www.puspakom.com.my.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *