Volkswagen gugurkan slogan ‘Das Auto’

By  |  0 Comments

BODYIMAGE_volkswagen-uk

Menurut laporan Reuters, Volkswagen akan menggugurkan slogan ‘Das Auto’ yang sering tertera dalam kempen pengiklanan mereka yang dilancarkan secar tahun 2007.

Menurut satu sumber Volkswagen pula, ‘Das Auto’ yang membawa maksud ‘The Car’, akan digantikan dengan slogan baharu yang lebih ringkas dan akan digunakan bagi promosinya di seluruh dunia.

Keputusan untuk menggugurkan slogan tersebut dibuat selepas mesyurat yang dihadiri oleh 2,000 pengurus kumpulan Volkswagen pada minggu lepas.

Malah sumber tersebut turut memberitahu Reuters, CEO bagi Kenderaan Penumpang Volkswagen, Dr.Herbert Diess, memberitahu, perkara ini dilakukan bagi membersihkan semula nama Volkswagen selepas terlibat dengan skandal ‘Dieselgate’. Malah slogan terbabit juga dikatakan ‘tidak cukup kuat’ dan gagal menggambarkan semangat jenama terbabit untuk menjadi perintis teknologi automotif masa kini.

Moga kehadiran tahun 2016 yang bakal menjelma tidak lama lagi bakal memberikan sinaran baru buat Volkswagen.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *