Nissan Grand Livina serba baharu bakal tampil perdana di Indonesia Mac 2016

By  |  0 Comments

011_Nissan_Grand_Livina_Front-e1450755171983

Menurut PT Nissan Motor Indonesia (NMI), Nissan Grand Livina serba baharu sudah pun bersedia untuk diperkenalkan di khalayak umum. MPV tujuh-tempat duduk baharu ini dijangka bakal melakukan penampilan perdana di negara berkenaan selewat-lewatnya pada Mac 2016.

Laporan yang disiarkan oleh Kompas ini menyebut, Grand Livina serba baharu ini bukan sekadar model facelift. Bahkan telah melakukan pelbagai perubahan besar.

Presiden MPI, Stephanus Ardianto berkata, “Grand Livina baharu ini bakal tampil dengan semangat yang baru dan imej yang lebih mengujakan.”

013_Nissan_Grand_Livina_Rear-e1450755243314

Menurut data dari Gabungan Industri Kendaraan Bermotor Indonesia (Gaikindo), Grand Livina telah menyusut jualannya di pasaran Indonesia sejak kebelakangan ini. Bagi 11 bulan pertama tahun 2015, ia hanya terjual sebanyak 7,646 unit, berbanding 15,716 unit tahun sebelumnya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *