Litar Antarabangsa Sepang ditutup untuk kerja menaik taraf mulai 15 Feb hingga 8 Mei

By  |  0 Comments

Mercedes-AMG-GT-S-3

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan ditutup mulai 15 Februari hingga 8 Mei 2016 bagi kelancaran kerja-kerja menaik taraf litar berkenaan.

Penaiktarafan ini adalah bagi keperluan mandatori dan sangat diperlukan demi memenuhi standard yang ditetapkan oleh FIA dan FIM, bagi memastikan SIC mampu terus mencapai piawaian antarabangsa.

Kali terakhir litar sepanjang 5.54 km ini ditutup untuk tujuan yang sama ialah pada tahun 2007 lalu.

Sepang International Circuit - Track Closure

“Lima tahun yang lalu, ia menyaksikan purata penggunaan sebanyak 98% sepanjang tahun, termasuk bagi acara antarabangsa mahu pun persendirian. Seiring dengan itu, ia merupakan satu kemestian bagi SIC untuk memastikan segala fasiliti dan keselamatan berada di tahap yang terbaik,” ujar CEO SIC, Dato’ Razlan Razali.

Selain itu, SIC yang sentiasa berusaha membangunkan sukar bermotor di Malaysia, sangat menekan keperluan bagi mengekalkan ia menjadi litar bertaraf antarabangsa terkemuka di negara ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *