6 buah kenderaan musnah dalam kebakaran di ruang parkir LRT Taman Jaya PJ

By  |  0 Comments

12363049_449444535254410_558542857413348257_o

Perhatian untuk anda yang meletakkan kenderaan di ruang parkir LRT Taman Jaya, Petaling Jaya, mungkin berita ini bakal membuatkan anda berdebar-debar dan khuatir!

Satu kejadian kebakaran telah berlaku di ruang parkir berkenaan lebih kurang pada jam 12.45 tengahari tadi.

Menurut sumber dari laman Facebook Malaysian Respond Team, kebakaran ini melibatkan enam buah kereta yang diletakkan di parkir berkenaan iaitu membabitkan masing-masing sebuah Toyota Vios dan Proton Wira yang musnah seratus-peratus, Suzuki Swift yang musnah 80%, Proton BML (musnah 70%), Proton Gen-2 dan Honda (yang tidak dimaklumkan modelnya-musnah 20%).

Kebakaran tersebut telah dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 1.30 tengahari oleh pasukan bomba dari Balai Bomba Jalan Penchala.

Car burst in Flames21 Dec 2015Carpark near Taman Jaya LRT Amcorp MallShared by SJ

Posted by PJ Community Alert on Sunday, December 20, 2015

Walau bagaimana pun, ia tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kematian. Sehingga kini punca kebakaran masih dalam siasatan.

Berikut merupakan kenyataan awal dari Ketua Polis Negara menerusi laman Facebook rasminya :

Screen Shot 2015-12-21 at 3.52.14 PM

Sumber foto : Facebook Malaysian Respond Team

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *