Mercedes-Benz Malaysia raikan 51 kanak-kanak kurang bernasib baik sempena Krismas

By  |  0 Comments

????????????????????????????????????

Sempena sambutan Hari Krismas yang bakal diraikan pada 25 Disember ini, Mercedes-Benz Malaysia menambahkan kegembiraan di hati 51 kanak-kanak dari Pusat Jagaan Angles, Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) dan Pusat Penjagaan Agathians dengan menganjurkan parti ‘Christmas In A Shoebox’.

Ia telah diraikan di Balai Bomba dan Penyelamat Damansara di SS2, Petaling Jaya, dan turut dihadiri oleh Presiden dan CEO Mercedes-Benz Malaysia , Dr Claus Weidner.

Parti tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Santa Claus yang menghiburkan kanak-kanak terbabit di samping turut melakukan aktiviti bersama mereka dan para tetamu.

Malah kanak-kanak yang hadir turut didedahkan dengan aktiviti berkenaan dengan keselamatan termasuk berkenaan dengan kebakaran dan diajar bagaimana hendak memadamkan kebakaran.

Photo 3

“Mercedes-Benz Malaysia telah lama bekerjasama dengan pelbagai persatuan bagi aktiviti kemasyarakatan. Bagi perayaan Krismas ini, kami telah mengutamakan golongan kanak-kanak untuk memberikan mereka kegembiraan dan menghabiskan masa bersama,” ujar Dr. Weidner.

Sebagai sebahagian daripada program ‘Christmas In A Shoebox’ ini, kakitangan Mercedes-Benz Malaysia menjadikan kanak-kanak tersebut sebagai ‘anak angkat’ dan memberikan hadiah kepada mereka. Setelah memasuki tahun ketujuh penganjuran aktiviti sebegini, sehingga kini lebih 250 orang kanak-kanak dari lebih 20 rumah penjagaan telah diraikan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *