Volkswagen Beetle 2.0 milik pelanggan bertuah Maybank

By  |  0 Comments

Pic 1

Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) edisi 2013 yang berlangsung dari 14 hingga 24 November tahun lalu menyaksikan Volkswagen Group Malaysia menawarkan para pelanggan Maybank yang melawat acara pameran pemotoran itu peluang untuk memandu pulang sebuah Volkswagen Beetle 2.0 baharu berwarna kuning.

Dalam satu majlis yang berlangsung semalam, Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Christoph Aringer dan Ketua Kewangan Pengguna Maybank, Abdul Razak Mohd Nordin telah menyerahkan replika kunci kepada pemenang bertuah itu, Syed Ahmad Mohamed Ghani yang berjaya menewaskan hampir 6,000 peserta lain yang turut mengambil bahagian.

“Apabila saya mendapat tahu bahawa saya ialah pemenang Volkswagen Beetle 2.0, saya benar-benar tidak percaya. Saya selalu dengar orang menang peraduan. Tetapi saya tidak pernah menang apa-apa peraduan atau kenal sesiapa yang menang peraduan . Jadi, ini adalah satu kejutan yang mengujakan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Volkswagen Group Malaysia, Maybank dan pastinya Malaysian Automotive Association (MAA) kerana memberi peluang untuk memenangi kereta idaman saya ini,” ujar Syed Ahmad.

Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Christoph Aringer berkata, “Kami berbesar hati terlibat dengan pameran motor terbesar di Malaysia. Kami juga gembira kerana dapat bekerjasama dengan Maybank dan MAA untuk menawarkan rakyat Malaysia pengalaman yang sukar dilupakan dengan kereta dan jenama kegemaran mereka. Jika berpeluang, kami ingin sekali lagi bekerjasama dengan mereka pada masa depan.”

Dilancarkan ke pasaran tempatan sejak 7 November 2012, Beetle 2.0 kini ditawarkan pada harga RM222,888 seunit. Ia kini boleh dipandu uji di semua pengedar dan bilik pameran Volkswagen di seluruh negara. Varian lain termasuklah Beetle 1.2 dan Beetle 1.4.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *