Honda HR-V duduki carta teratas model kereta di Google bagi “Pencarian Tahunan Di Malaysia”

By  |  0 Comments

Honda-HRV-IK

Pastinya ramai di antara kita yang menggunakan laman enjin pencarian Google untuk mencari sesuatu maklumat bukan? Ini termasuklah mencari model kenderaan yang menjadi pilihan.

Jika tahun lalu, Perodua Axia telah mengungguli Trending Model Kereta melalui Google, tahun bagi 2015, tempat itu dirampas oleh Honda HR-V. Manakala Axia jatuh ke tempat ketiga.

Berikut merupakan model kenderaan yang menduduki tangga pertama sehingga ke-10 pencarian paling popular di Google :

1) Honda HR-V
2) Lykan Hypersport
3) Perodua Axia
4) Honda Civic
5) Proton Iriz
6) Proton Perdana 2016
7) Mitsubishi Pajero Sport
8) Honda City 2015
9) Honda Civic 2016
10) Audi S8

Ini bukanlah suatu kejutan yang besar memandangkan HR-V memang cukup hangat di pasaran selepas diperkenalkan pada Februari lalu. Sehingga November lalu, Honda Malaysia telah merekodkan jualan sebanyak 16,115 unit unit tempahan dan sekali gus meletakkan model ini sebagai ‘terhangat di pasaran’.

Bagi Lykan Hypersport pula, ia menjadi sebutan selepas kemunculannya di dalam filem ‘Fast & Furious 7’ menjadi sebutan. Ramai yang ingin mengetahui kehebatan jentera sport ini turut menjadi pilihan sebagai kenderaan polis di Abu Dhabi.

Axia_Ext_04

Manakala Axia pula tetap menjadi pilihan rakyat Malaysia yang inginkan sebuah kenderaan kompak, jimat minyak dan cukup ekonomi. Selain itu, dua lagi model kenderaan buatan Malaysia turut menjadi perhatian iaitu Proton Iriz dan juga tidak ketinggalan, Proton Perdana 2016 yang bakal diperkenalkan tahun hadapan.

Dengan kemantapan rupa dan prestasi yang mengagumkan, Mitsubishi Pajero Sport turut berada di dalam senarai. Ia telah pun diperkenalkan di peringkat global dan tampil dengan imej yang sunggup mantap.

Selain HR-V, Honda turut menguasai carta dengan perhatian orang ramai terhadap model City 2015 dan Civic. Malah model Civic 2016 yang dijangka tiba pada tahun hadapan turut mencuri perhatian umum. Ramai yang tidak sabar menantikan kehadiran Civic 2016 di bumi Malaysia ini!

Manakala Audi S8 turut menduduki carta iaitu di tangga ke-10. Ia ditampilkan dengan enjin prestasi tinggi iaitu 4.0 TFSI dengan kuasa yang sungguh mengagumkan iaitu 605 PS dan tork setinggi 700 Nm yang boleh melonjak sehingga 750 Nm pada mod overboost.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *