The Knight Rider kembali mengaum?

By  |  0 Comments

Knight Rider

“Knight Rider, a shadowy flight into the dangerous world of a man who does not exist.
Michael Knight, a young loner on a crusade to champion the cause of the innocent, the helpless, the powerless in a world of criminals who operate above the law.”

Kalau anda lahir sebelum tahun 90an, mungkin akan ingat drama siri ‘The Knight Rider’ yang meletup disiarkan di kaca televisyen antara tahun 1982 hingga 1986.

Baru-baru ini, satu video sedutan filem yang berjudul ‘Knight Rider Heroes’ telah disiarkan di saluran Youtube. Ia memberikan bayangan kemungkinan besar siri tersebut bakal kembali dan mungkin dijadikan filem.

Kemunculan hero asal siri tersebut, David Hasselhoff di dalam video tersebut, mungkin memberikan gambaran dia akan kembali membawa watak sebagai Michael Knight dan terus bersama KITT. Atau pun sekurang-kurangnya setakat penampilan khas!

‘The Knight Rider’ memang cukup menjadi fenomena pada tahun 80-an, ia mengisahkan seorang pemuda bernama Michael Knight yang gigih membanteras jenayah bersama kereta kesayangannya, Pontiac Firebird Trans Am, yang boleh dipandu sendiri dan bercakap, yang dinamakan sebagai KITT.

Kehadiran KITT sebenarnya yang meledakkan drama siri ini, apatah lagi ketika itu, pasti ramai yang beranggapan ia kurang logik kerana ada sebuah kereta yang dilengkapi sistem canggih yang membolehkannya memandu sendiri dan berinteraksi dengan pemiliknya.

Adakah KITT akan benar-benar muncul bagi mengubati kerinduan para pengikutnya? Kena tunggu!

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *