Infiniti QX60 2016 lebih komprehensif & bakal tampil di NAIAS bulan hadapan

By  |  0 Comments

2016 Infiniti QX60

Infiniti telah merencana untuk membawa model facelift bagi QX60 ke North American International Auto Show (NAIAS) bulan hadapan.

Walau pun tidak banyak perubahan yang dilakukan namun ia telah menampilkan imej baharu pada bahagian hadapan dengan rekaan gril yang diberi penambah baikan. Gril tersebut turut disambung ke lampu utama bi-xenon dengan lampu nyalaan siang LED.

2016 Infiniti QX60

QX60 2016 ini juga ditampilkan dengan lampu kabus LED baharu, kekemasan krom dan antena ‘sirip jerung’.

Bagi bahagian kabinnya, ia turut mengalami sedikit perubahan dengan penampilkan tombol gear baharu serta ditambahkan dengan material sentuhan lembut bagi menyerlahkan lagi imej mewahnya.

Ia turut menampilkan sistem penghawa dingin automatik tri-zone dengan port tambahan pengecas USB. Malah Infiniti turut mendakwa kabin ini umpama kalis bunyi kerana penggunaan cermin akustik yang berkualiti tinggi.

2016 Infiniti QX60

Infiniti turut memberikan dua pilihan enjin bagi model ini. Model standard bakal ditampilkan dengan enjin 3.5 liter V6 yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 265 hp dan tork 336 Nm.

Manakala bagi varian hibrid pula dipadankan dengan enjin 2.5 liter supercharged empat-silinder dan motor elektrik. Gabungan kedua-dua komponen ini mampu menghasilkan kuasa maksimum sehingga 250 hp dan tork 329 Nm.

2016 Infiniti QX60

Pacuan roda-hadapan adalah standard, namun Infiniti turut memberikan pilihan pacuan semua-roda untuk kedua-dua varian.

Bukan itu sahaja, QX60 2016 ini juga telah menerima gegelung dan penyerap hentak baharu bagi mengurangkan kesan olengan dan memberikan keselesaan pengendalian. Malah turut menala semula sistem stereng berkuasa supaya lebih tangkas dan memberikan tindak balas yang lebih pantas.

QX60 2016 turut dipadankan dengan beberapa sistem keselamatan baharu termasuk Backup Collision Intervention, Forward Emergency Braking dan Forward Collision Warning.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *