PLUS sepatutnya dibenarkan menaikkan kadar tol sebanyak 5% tahun hadapan

By  |  0 Comments

TOL SG RASAU2

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, mengesahkan kerajaan telah melakukan mesyuarat sebanyak tiga kali berkenaan dengan kenaikan kadar tol di bawah syarikat konsesi Plus Malaysia Berhad (PLUS).

“Namun ia masih belum dimuktamadkan dan tiada sebarang keputusan lanjut yang boleh diumumkan,” jelas Rosnah dalam Dewan Rakyat di Parlimen hari ini.

Hari ini, Astro Awani turut melaporkan kadar tol di Lebuhraya Utara Selatan dijangka naik 5% mulai tahun hadapan, sekiranya Plus Malaysia Berhad (PLUS) mendapat persetujuan kerajaan.

Menurut Pengarah Urusan Projek PLUS, Datuk Noorizah Abd Hamid, ia adalah berdasarkan perjanjian konsensi, di mana sepatutnta PLUS dibenarkan menaikkan kadar tol menjelang 2016. Walau bagaimana pun, keputusan ini bergantung kepada kerajaan kerana kerajaan belum lagi mengumumkannya.

“Jika dibenarkan naik, ia hanya melibatkan kadar sebanyak 5% atau bersamaan 0.68 sen satu kilometer. Ini bermakna kalau orang yang travel 100 kilometer mereka akan membayar 70 sen sahaja lebih daripada biasa,” ujar Noorizah.

Beliau berkata kenaikan itu selaras dengan perjanjian yang menetapkan kenaikan kadar tol sebanyak 5% setiap tiga tahun sekali bagi tempoh 2016 hingga 2038. Di mana kenaikan perlu dilakukan secara berperingkat.

Menurut beliau, kenaikan ini bertujuan untuk mengelakkan PLUS daripada menanggung beban kerana tiada kenaikan harga tol dibuat dari tahun 2005 hingga sekarang.

Tambahnya, selama ini PLUS terpaksa menanggung kenaikan kos susulan tiada kenaikan kadar tol.

Namun kadar tol Jambatan Pulau Pinang terkecuali dan ia sedia kekal sehingga 31 Disember 2018.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *