NAZA World lancar bilik pameran Ducati di Phnom Penh

By  |  0 Comments

Photo 2

Bagi memperluaskan lagi jajahan perniagaannya, NAZA World telah membuka bilik pameran Ducati di Phnom Penh.

Ducati Phnom Penh merupakan bilik pameran kedua yang dikendalikan oleh NAZA World selepas Vietnam. Berkeluasan 2,700 kaki persegi, selain mempamerkan model-model terkini Ducati dan bertindak sebagai pusat jualan, ia juga menawarkan kemudahan servis.

Antara model Ducati yang dipamerkan termasuklah Diavel, Panigale, Hypermotard, Monster dan Scrambler. Barangan gaya hidup Ducati termasuk pakaian turut dijual di bilik pameran ini.

Photo 5

“Pembukaan Ducati Phnom Penh ini mencatatkan satu lagi sejarah bagi NAZA World, sekali gus menandakan kemasukan Ducati ke pasaran Kemboja. Kemboja juga merupakan pasaran berpotensi bagi kategori premium dan superbike,” ujar Datuk Wira Haji SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif Kumpulan dan CEO Kumpulan Syarikat NAZA World.

Sempena dengan pelancaran bilik pameran ini, Ducati Kemboja turut melancarkan model baharu Scramble dan Scrambler Pop-Up-Club. Scambler Ducati menawarkanempat varian iaitu The Icon, The Urban Enduro, The Full Throttle dan The Classic. Merupakan motosikal jalanan kontemporari, Scrambler Ducati sesuai untuk gaya hidup yang ranggi.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *