Peugeot Kota Kinabalu dilancarkan

By  |  0 Comments

Peugeot Kota Kinabalu outlet

Nasim Sdn Bhd, pengedar rasmi jenama Peugeot di Malaysia, telah pun melancarkan Peugeot Kota Kinabalu baru-baru ini.

“Empat tahun yang lalu, Peugeot mula memasuki pasaran Sabah dan kami memasang objektif untuk menguasai 2 hingga 3% pasaran di sana dalam tempoh tiga tahun. Kini, kami telah berjaya menguasai 14% pasaran bagi penjualan kenderaan penumpang buatan Eropah di sana. Peugeot Kota Kinabalu akan memperkukuhkan lagi kedudukan kami di sana,” ujar Ketua Pegawai Operasi Kumpulan,Naza Automotive Group, Naza Corporation Holdings, Datuk Samson Anand George.

Peugeot Kota Kinabalu Launch 1

Dengan kos pelaburan sebanyak RM1.5 juta, Peugeot Kota Kinabalu yang turut merupakan pusat 3S ini berkeluasan 5,200 kaki persegi, yang turut menyediakan ruang lounge untuk para pelanggan termasuk perkhidmatan WiFi secara percuma. Dioperasikan oleh Boston Auto, pusat 3S ini memiliki tiga petak penyelenggaraan yang mampu menyelenggara hampir 12 unit kenderaan sehari.

Peugeot Kota Kinabalu ini menawarkan perkhidmatan bagi para pelanggan di sekitar Kota Kinabalu, Penampang, Tamparuli dan Tuaran.

Merupakan cawangan yang kelima dibuka pada tahun ini selepas Taiping, Petaling Jaya, Klang dan Kajang, Nasim turut mensasarkan jualan sebanyak 4,200 unit untuk pusat 3S terbaharu ini. Kini Nasim sudah pun memiliki 43 cawangan di seluruh negara dan merancang untuk memperluaskan lagi pasaran di masa yang akan datang.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *