Proton bakal menaikkan harga model kenderaannya mulai Januari 2016

By  |  0 Comments

Proton_Iriz_review_pandu_uji_ 001

Disebabkan kemerosotan nilai ringgit dalam kadar pertukaran mata wang asing, Proton Holdings Berhad sedang mempertimbangkan untuk menaikkan harga model kenderaannya, mulai Januari 2016.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton, “Kami merasai impak kejatuhan ringgit disebabkan kebanyakan material dibeli dalam mata wang asing. Maka, disebabkan kelemahan ringgit ini, secara tidak langsung memberikan kesan terhadap kos operasi syarikat dan keseluruhan rantaian eko-sistem daripada para pembekal kami. Oleh itu, kami sedang mengkaji penstrukturan dan peratusan kenaikan harga yang akan bergantung pada model.”

Kenaikan harga ini dilihat sebagai satu keadaan yang diperlukan di dalam industri kerana ia bagi mengimbangi kesan ringgit yang lebih rendah.

Malah bagi mengurangkan kesan terhadap keuntungan syarikat, sejak Ogos lalu, Proton telah melakukan pelbagai usaha untuk mengurangkan kos dan merasionalkan operasi pada peringkat yang diperlukan.

Namun, walau pun pelbagai usaha telah dijalankan, faktor kelemahan ringgit turut memberi tekanan terhadap Proton dan juga kesan kepada industri secara keseluruhan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *