Mazda MX-5 dinobatkan sebagai Kereta Tahunan Jepun 2015

By  |  0 Comments

MAZDA_MX5_JAPANCOTY

Kehebatan dan keistimewaan yang ditonjolkan oleh Mazda MX-5 telah menobatkannya sebagai Kereta Tahunan Jepun 2015 dengan undian sebanyak 442, sekali gus menewaskan pencabar terdekatnya, Honda S660, yang kurang 41 undian di belakangnya.

Manakala BMW 2-Series menduduki tempat ketiga dengan undian sebanyak 177 dan turut memenangi gelaran Kereta Import Tahunan Jepun 2015.

Menurut Timbalan Presiden Perancangan Produk Mazda, Kiyoshi Fujiwara, “Kami telah melalui masa-masa yang getir pada krisis kewangan dan juga kejadian gempa bumi pada tahun 2011. Namun, kejayaan ini membakar semula semangat kami untuk terus memburu kejayaan.”

Turut diumumkan sebagai penerima anugerah iaitu Suzuki Alto yang memenangi kategori ‘Kenderaan Mobiliti Bersaiz Kecil’, sementara Tesla Model S pula menerima anugerah Inovasi.

Manakala Toyota Mirai yang tidak menepati sebagai kriteria untuk kategori utama, tetapi telah menerima anugerah khas bagi kenderaan berkuasa sel bahan api (fuel cell vehicle/FCV) atau hidrogen.

mx-5-1

Malaysia turut menerima kemasukan Mazda MX-5 baharu ini yang dilancarkan pada akhir Ogos lalu. Ia dijanakan oleh enjin 2.0 liter Skyactiv-G empat-cilinder sebaris DOHC 16V dengan kuasa maksimum 158 hp pada 6,000 rpm dan tork setinggi 200 Nm pada 4,000 rpm. Malah turut dipadankan dengan transmisi Skyactiv-Drive automatik enam-kelajuan.

Ia dijual pada harga atas jalan bagi jentera ini ialah RM226,376.35 (termasuk GST & insurans) untuk Semenanjung Malaysia dan RM227,155.79 bagi Sabah/Sarawak. Ia turut didatangkan dengan waranti selama tiga tahun dan penyelenggaran berskala percuma tiga tahun.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *