Sistem VEP bakal digunakan untuk tangani kereta klon – JPJ

By  |  0 Comments

JPJ_Roadblock1

Akibat aktiviti sindiket pengklonan kenderaan, kerajaan telah kerugian sebanyak RM30 juta bagi kehilangan cukai, menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

JPJ turut menganggarkan sekitar 2,000 kenderaan klon telah dibawa masuk ke negara ini, khususnya dari Singapura, menurut laporan Bernama.

Bagi menangani sindiket ini, JPJ akan menggunakan sistem Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) bermula pertengahan tahun depan.

Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad, sistem berkenaan akan mendaftarkan kereta asing di pintu masuk negara bagi mengelakkan kenderaan tersebut diklonkan sebelum dijual dengan harga murah di negara ini.

“Kerana kelicikan sindiket ini, negara kerugian kira-kira RM30 juta pada tahun ini kerana sindiket berjaya mengelak daripada membayar cukai dan turut memalsukan dokumen kenderaan,” katanya.

Katanya lagi, JPJ juga telah mengintegrasikan sistem jabatan itu dengan semua syarikat insurans di negara ini bermula Jun lepas kerana mendapati ada sebilangan pekerja insurans turut berkomplot dengan sindiket kenderaan klon.

“Sebanyak 371 kenderaan pelbagai yang diklon telah disita sejak operasi berkenaan dilancarkan pada November tahun lepas hingga November tahun ini dengan dua anggota sindiket berjaya ditahan,” katanya.

Kenderaan klon terbabit ada yang dijual serendah RM25,000 seunit dan tempahan turut boleh dibuat menerusi dalam talian.

Dalam satu laporan lain turut menyebut, Terengganu merupakan negeri yang mencatatkan pendaftaran nombor tertinggi bagi kenderaan klon ini iaitu sebanyak 166, di mana 88 unit daripadanya merupakan model Honda Jazz.


Sumber foto : Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *