Honda BR-V versi produksi diperkenalkan di Thai Motor Expo 2015

By  |  0 Comments

Honda_BR-V_Thailand_Modulo-1

Setelah model prototaipnya dipertontonkan di Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2015 awal tahun ini, kini giliran versi produksinya pula ditayangkan.

Honda BR-V begitu mendapat perhatian ketika dipamerkan di Thai Motor Expo 2015 yang sedang berlangsung.

Model ‘Active Sport Crossover’ lima- atau tujuh-tempat duduk ini berukuran 4,455 mm panjang, 1,735 mm lebar dan 1,650 mm tinggi, dengan jarak roda 2,660 mm. Manakala ground clearance lebih kurang 200 mm.

Honda_BR-V_Thailand_Modulo-4

Bagi model produksi ini, ia ditampilkan dengan lampu utama projektor dengan lampu posisi LED, gril krom, kluster lampu belakang LED dan balutan plastik hitam di sekelilingnya. Ia juga dilengkapi dengan roda bersaiz 16-inci.

Jika dirasakan rekaannya kurang sporty, usah gusar kerana Honda turut menawarkan kid badan Modulo dengan skirt sisi, skid plate yang lebih besar, kekemasan krom pada cermin sisi, spoiler belakang yang besar dan rim aloi berjejari-Y yang mengekalkan saiz yang sama.

Bahagian kabinnya pula tidak banyak berbeza dengan rekaan papan pemuka model Jazz dan City. Namun sedikit perubahan dilakukan iaitu ia dipadankan dengan roda stereng tiga-jejari yang lebih sporty berbanding rekaan yang sama seperti model Brio yang sama pada model pandu uji yang pernah dilenjan Infokereta.com akhir Oktober lalu.

Honda_BR-V_Thailand_Modulo-2

Penghawa dingin automatik juga ditampilkan sebagai elemen pilihan serta corong aliran udara pada barisan tempat duduk kedua.

Manakala bagi aspek keselamatan, ia dilengkapi dengan dua beg udara, ABS, EBD, Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Bantuan Mula Mendaki (HSA) dan cagak Isofix. Sebelum ini, Honda pernah mengesahkan BR-V ini bakal dilengkapi dengan enam beg udara, dan kebarangkalian ia bagi varian tertinggi untuk sesetengah pasaran.

Bagi penjana kuasanya, ia ditampilkan dengan enjin 1.5 liter SOHC i-VTEC empat-silinder, sama seperti model Jazz dan City. Ia mampu memberikan kuasa sehingga 117 hp pada 6,000 rpm dan tork 146 Nm pada 4,700 rpm yang disalurkan ke roda hadapan menerusi transmisi CVT Earth Dreams.

BR-V dijangka mula berada di pasaran pada tahun hadapan.

Baca ulasan ringkas pandu uji Honda BR-V di sini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *