HMRT juara S1K 2015

By  |  0 Comments

honda-hmrt-sepang-2015-04

Honda Malaysia Racing Team (HMRT) telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan perlumbaan Sepang 1,000 km (S1K) yang berlangsung pada hujung minggu lalu.

Jentera Honda City (No.27) yang dipandu secara bergandingan oleh Aaron Lim dan Farriz Fauzy, berjaya menyudahkan 181 pusingan dengan mengambil masa selama lapan jam 42 minit.

honda-hmrt-sepang-2015-02-e1448953594984

Berbanding dengan perlumbaan musim lalu, prestasi kuasa bagi jentera lumba yang digunakan telah dipertingkatkan. Peningkatan kuasa sebanyak 140 hp berbanding 128 hp pada musim lalu serta sistem suspensinya yang telah ditala semula, sedikit sebanyak menyumbang faktor kejayaan ini.

Menurut Pengarah pasukan HMRT, Akkbar Danial, selain penambahbaikan sudut teknikal, pasukannya juga telah menambah kemahiran taktikal termasuk menghadiri kelas teori dan praktikal bagi tujuan berkenaan.

“Selama bertahun, HMRT telah membuktikan bahawa dengan melatih dan membina kemahiran, ia mampu menjadi platform yang cukup ideal bagi mengasah keupayaan Honda di dalam arena sukan permotoran,” ujar Akkbar.

Ini merupakan kejayaan kedua buat HMRT dalam S1K, di mana pada tahun 2013, mereka pernah menjuarai perlumbaan yang sama dengan jentera Honda Jazz yang dipandu oleh Aaron Lim dan Eddie Liew.

Tahniah buat HMRT!

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *