Bilik pameran BMW i yang pertama dilancarkan di Malaysia

By  |  0 Comments

BMW 03

Auto Bavaria, pengedar terbesar bagi jenama BMW di negara ini telah memperkenalkan dan melancarkan bilik pameran dan pusat servis BMW i iaitu yang pertama di Malaysia.

Terletak di Jalan Tun Razak, Juala Lumpur, ia telah pun dilancarkan petang semalam.

Menurut CEO dan Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Alan Harris, “Dengan adanya fasiliti ini, kami dapat membangunkan jenama BMW i dengan lebih meluas di Malaysia. Malah ia juga menyaksikan lebih banyak teknologi pada kenderaan BMW i ini termasuk dengan adanya beberapa aplikasi pintar seperti BMW i Remote App dan BMW i ConnectedDrive.”

Pengarah Urusan Auto Bavaria, Jeffrey Gan, pula berkata, “Kami sangat berbesar hati dengan kepercayaan yang diberikan oleh BMW Group Malaysia untuk memperkenalkan bilik pameran dan pusat servis BMW i. Dengan adanya fasiliti terbaharu ini, kami dapat menawarkan perkhidmatan yang lebih terbaik buat pelanggan BMW i di negara ini.”

Terletak dalam bangunan seluas 1,383 kaki persegi di tingkat satu, Auto Bavaria Jalan Tun Razak, bilik pameran BMW i menampilkan gaya rekaan ekslusif yang melambangkan identiti jenama ini. Ia turut mempamerkan BMW i8 serba baharu iaitu jentera sport plug-in hybrid premium pertama di dunia dengan BMW i Wallbox iaitu aksesori pengecas BMW i.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *