Honda Civic SE Modulo & Mugen – berharga antara RM118k-RM139k

By  |  0 Comments

CIVIC SE

Honda Civic bukan sahaja terkenal dengan kuasa prestasi yang mengagumkan, malah imejnya juga mampu menambat mata yang memandang. Julai 2012 yang lalu, Honda Malaysia telah memperkenalkan model generasi ke-sembilan untuk pasaran tempatan. Walau pun menerima banyak perubahan luaran, dalaman termasuklah daripada sudut mekanikal, Civic generasi terbaharu ini turut pantas mendapat sambutan yang begitu menggalakkan.

Dan kini kelibat Civic menjalar di jalan raya di seluruh Malaysia kerap kelihatan. Tetapi boleh dikatakan kebanyakannya telah di‘touch-up’ dan ditambah pelbagai aksesori tambahan bagi menampakkan ia lebih bergaya. Itu antara budaya kebanyakan pemilik kenderaan di Malaysia terutamanya yang gemarkan sebuah kenderaan yang tampak sporty.

Dengan itu… baru-baru ini melalui laman sesawang rasminya, Honda Malaysia telah memperkenalkan pula Civic Special Edition (SE) yang pastinya tampil dengan imej yang super duper sporty dan sekali gus menjadikan sedan ini lebih hensem!

Apa pilihan yang anda ada?

Hah! Honda Malaysia telah menawarkan dua varian untuk Civic SE ini dengan kit badan yang sporty. Jadi tak perlulah anda menambah itu dan ini selepas memilikinya kerana pasti sudah cukup berpuas hati dengan padanan kit badan yang menambahkan lagi nilai ‘sportier’ (melainkan anda memang seorang ‘kaki make-up‘ kereta).

Anda mempunyai pilihan sama ada mahu memilih varian yang dilengkapi dengan pakej kit badan penuh Modulo atau Mugen Aerokit yang ditawarkan pada harga yang lebih rendah berbanding sebelum ini.

CIVIC SE2

Bagi pakej Mugen Aerokit, hanya ada varian Civic SE Mugen 2.0S sahaja dengan warna kerangka Taffeta White. Dipadankan dengan kit badan Mugen bagi spoiler bawah bahagian hadapan, jeriji hadapan, spoiler sisi, spoiler bahagian bonet dan spoiler bawah bahagian belakang.Walau bagaimana pun, ia tidak termasuk dengan rim aloi Mugen dan door visors juga dijual secara berasingan.

Civic Modulo

Civic Mugen (2)

Manakala untuk pakej Modulo pula boleh didapati pada varian 1.8S, 2.0S dan 2.0 Navi. Ia turut didatangkan dengan empat pilihan warna kerangka iaitu Taffeta White, Crystal Black Pearl, Alabaster Silver Metallic dan Modern Steel Metallic. Pakej Modulo ini dilengkapi dengan spoiler bawah bahagian hadapan, spoiler bawah bahagian belakang, spoiler sisi dan duck tail spoiler.

Harga yang ditawarkan untuk Honda Civic SE Mugen 2.0S ialah RM137,090. Manakala bagi varian Honda Civic SE Modulo pyla ialah RM117,790 (1.8S), RM133,790 (2.0S) dan RM138,790 (2.0 Navi). Kesemua harga atas jalan dilengkapi dengan insurans.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *