Chevrolet Colorado Sport & Cruze Sport 2015 lebih sporty

By  |  0 Comments

130903_OL CS3_Chevrolet_Cruze_Sport Edition_Leaflet_Outside

NAZA Quest Sdn Bhd, pengedar rasmi bagi jenama Chevrolet di Malaysia, telah melancarkan varian Chevrolet Colorado Sport dan Cruze Sport. Kedua-duanya telah mula dibuka tempahannya.

Chevrolet Colorado Sport adalah berdasarkan model Colorado LTZ Muscle dengan enjin 2.8L empat0silinder DOHC Duramax yang mampu memberikan kuasa sehingga 200 PS pada 3,600 rpm dan tork 500 Nm pada 2,000 rpm. Menjadikan Colorado Sport sebagai jentera terhebat dalam segmennya.

Ia telah diberi kelainan imej dengan penggayaan yang lebih ranggi dan aerodinamik termasuk padanan pelindung bampar hadapan, dapra sisi, pelindung pintu, palang olengan belakang dan rim aloi 18-inci.

Bahagian kabinnya pula ternyata lebih premium dengan tempat duduk balutan kulit sepenuhnya dan kekemasan kulit pada permukaan dalaman pintu serta kamera undur.

SONY DSC

Varian ini turut menawarkan pengendalian yang lebih mantap dengan adanya suspensi yang dilaras sepenuhnya. Ia memberikan pengendalian yang lebih selesa termasuk ketika melalui off-road.

Antara elemen standard yang melengkapi Colorado Sport ialah butang penukaran 4WD, kawalan suhu automatik, Chevrolet Mylink, lampu utama projektor, lampu belakang LED, kawalan cengkaman, kawalan kelajuan, Program Kestabilan Elektrik (ESP), ABS, Bantuan Mula Mendaki, Bantuan Menuruni Bukit, EBD, Bantuan Brek Hidraulik, Bantuan Brek Panic dan Kawalan Brek Di Selekoh.

Colorado Sport turut mendapat penarafan lima bintang daripada ASEAN NCAP.

Trak pikap ini dijual pada harga atas jalan RM138,967 (termasuk insurans) dan didatangkan dengan pakej waranti selama tiga tahun/100,000km (mana yang tiba terlebih dahulu).

130903_OL CS3_Chevrolet_Cruze_Sport Edition_Leaflet_Outside

Manakala Chevrolet Cruze Sport juga tampil dengan penuh bergaya termasuk kehadiran bahagian hadapan yang lebih menonjol, kit badan dengan rekaan penuh dinamik, penambahan pelindung pintu dan penggunaan rim aloi yang lebih ringan.

Bahagian kabinnya juga menerima sedikit sentuhan perubahan termasuk tempat duduk balutan kulit premium, plate sill pintu LED dan penambahan perehat kaki.

INTERIOR (2)

Chevrolet Cruze Sport baharu ini turut menawarkan prestasi yang lebih baik melalui penjajaran pendikit yang lebih pantas dan responsof serta menambah baik penapis udara dengan penggunaan material keluli tahan karat.

Ia turut menawarkan pengendalian talaan EURO bagi memberikan lebih kestabilan yang menambahkan kemantapannya. Malah Cruze Sport ini turut menambah baik ketegaran struktur bingkai badan bagi mengurangkan risiko kecederaan jika kenderaan terbabit dalam kemalangan.

Selain itu, ia turut menampilkan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dan EBD bagi membantu mengekalkan keseimbangan dan kestabilan kenderaan.

Chevrolet Cruze Sport ini turut didatangkan dengan paparan pelbagai-informasi termasuk sambungan Bluetooth, USB, pemain muzik dan paparan senarai hubungan. Ia turut menggunakan kawalan tanpa kunci bagi akses dan memantapkan lagi elemen keselamatan tanpa menggunakan kunci dan Butang Penghidup Enjin Pasif (PEPS).

Di bawah hudnya, Cruze Sport dijanakan oleh enjin 1.8L Ecotec DCVCP yang lebih berkuasa dan efisien dengan hamburan kuasa sehingga 140 PS dan tork 167 Nm.

Dijual pada harga atas jalan RM122,868 termasuk insurans, ia turut didatangkan dengan pakej waranti selama lima tahun/200,000 km (mana yang tiba terlebih dahulu).

Chevrolet turut menawarkan rebat tunai sehingga RM12,500 untuk Cruze Sport dan RM6,000 bagi Colorado Sport. Kempen rebat tunai ini akan berakhir sementara stok masih ada.

Colorado Sport

Cruze Sport

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *