LPT 2 : Perangkap had laju & rondaan diperhebatkan sempena musim cuti persekolahan

By  |  0 Comments

SpeedTrap2

Bagi mengurangkan kadar kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2), mulis musim cuti persekolahan ini, polis Terengganu telah memperhebatkan rondaan dan melaksanakan penguatkuasaan perangkap laju di laluan sepanjang 184km itu.

Menurut Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Terengganu Supt Kamaluddin Mohamad, tindakan itu dilancarkan kerana lazimnya negeri ini pastinya akan menerima pertambahan kunjungan ramai pelancong datang bercuti bersama keluarga, memetik laporan Bernama.

“Operasi itu dilaksanakan bermula dari sepanjang Kuala Terengganu hinggalah Kemaman dan ia dilaksanakan selama dua syif,” katanya.

Menurut beliau, selain di kawasan LPT 2, Polis Terengganu juga memberikan tumpuan dengan melakukan sekatan jalan raya, perangkap had laju di jalan-jalan negeri termasuk di laluan pantai.

Untuk rekod, berdasarkan statistik dari Januari hingga 8 Nov, sebanyak 803 kes kemalangan direkodkan, 32 daripadanya kemalangan maut membabitkan 45 kematian.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *