Audi Q7 3.0 quattro serba baharu lebih progresif – Harga bermula RM589,900

By  |  0 Comments

Audi_Q7 Launch

Antara model SUV yang dinanti-nantikan, Audi Q7 serba baharu, telah pun dilancarkan pagi ini. Turut dikenali sebagai “Great quattro”, ia merupakan Audi Q7 generasi kedua yang dijangka menjadi satu penanda aras baharu di dalam kelasnya.

Sejak diperkenalkan buat pertama kali pada September 2005, Q7 telah mencipta satu asas baharu dengan rekaan badan yang lurus, dinamik pemaduan yang berkeupayaan tinggi, keselesaan serba kemewahan, praktikal dan ergonomik. Malah Q7 turut memberikan ilham penciptaan bagi penghasilan model SUV Audi Q yang lain iaitu Q5 dan Q3.

Pengarah Urusan Audi Malaysia, Immo Buschman berkata, “Seperti mana Audi Q7 terdahulu, model serba baharu ini turut menyerlah dengan kecanggihan terkini seperti reka bentuk yang ringan, teknologi rangkaian kuasa dan inovasi yang mendahului kelasnya sebagai sebuah SUV mewah yang turut dikenali sebagai Great quattro.”

AudiQ7_Ext_02

Audi Q7 serba baharu dijanakan oleh enjin 3.0 TSFI V6 generasi terkini bersama gabungan kawalan sistem pancitan bahan api dan pancarongga (manifold). Ia turut digabungkan dengan transmisi tiptronic lapan-kelajuan dan ia mampu menyalurkan kuasa sehingga 333 hp dan tork 440 Nm dari 2,900 hingga 5,300 rpm.

Ia juga membolehkan SUV ini dipecut dari 0-100km/j dalam hanya 6.3 saat (1.6 saat lebih pantas berbanding model terdahulu) bersama kelajuan maksimum 250km/j yang diselia secara elektronik.

Bukan itu sahaja, di sebali prestasi yang mengagumkan, Audi Q7 3.0 quattro ini mampu mencatatkan gabungan penggunaan bahan api sekitar 7.9 liter bagi setiap 100km/j dan emisi CO2 183g/km.

Ia turut dilengkapi dengan sistem pacuan semua-roda tetap dan rim aluminium bersaiz 20-inci.

Memiliki karakteristik yang serba lincah dan sporty, Audi Q7 3.0 quattro serba baharu ini menggunakan platform MLB-Evo terkinu, Ia jelas menunjukkan bahawa binaan ringan Audi Q7 yang digabungkan dengan rangkaian kuasa dan ketetapan chasis yang dinamik bagi menawarkan prestasi pecutan, pengendalian, kecepakan dan pemanduan yang terbaik dalam kelasnya.

AudiQ7_Ext_09

Bagi menambahkan lagi kemantapannya, ia turut dipadankan dengan sistem udara adaptif yang digabungkan dengan sistem peredam pegas gegelung udara yang dikawal secara elektronik. Ia bagi memastikan keselesaan dan pengendalian yang lebih dinamik serta seimbang.

Audi Q7 3.0 quattro serba baharu ini juga hadir dengan bahasa rekaan AUdi Q yang halus. Ia menggabungkan permukaan kecil dan bucu-bucu yang berarca dengan siluet yang berkuasa serta mengagumkan.

Bahagian hadapannya nampak gah dengan penampilan gril singleframe bersama padanan lampu utama LED dan lampu nyalaan siang yang membentuk corak dua bilah anak panah yang tersendiri.

Rekaan garis sisi yang maskular dan berarca turut menyerlahkan lagi gayanya di samping gerbang roda yang besar dan lampu belakang yang panjang pada tiang-D yang diilhamkan dari generasi pertama Q7.

Ia turut dilengkapi dengan rel bumbung aluminium, spoiler belakang, cermin sisi automatik dengan anti-silau, sistem parkir bersama kamera pandangan sekeliling dan pintu kargo yang boleh dibuka secara elektronik.

AudiQ7_Ext_17

Dengan saiz ukuran 5.05 meter panjang, 1,97 meter lebar dan 1.74 meter tinggu, Audi Q7 3.0 quattro serba baharu ini turut menawarkan ruang kabin yang paling luas dalam segmennya. Malah ia juga lebih ringan sekitar 325kg berbanding model terdahulu kerana telah diimplementasikan dengan prinsip binaan yang ringan, penggunaan reka bentuk pintar, pemasangan pelbagai jenis material dan aplikasi komponen aluminium yang strategik.

Menjengah bahagian kabinnya, keluasan ruangnya cukup selesa dan mampu memuatkan sehingga tujuh orang. Ia juga tampil dengan tempat duduk hadapan yang boleh dilaraskan secara elektrik bersama sokongan lumbar empat-cara.

Manakala tempat duduk barisan kedua juga turut menawarkan ruang kaki yang luas. Malah tempat duduk barisan ketiga juga lebih versatil dan boleh dikonfigurasi secara elektrik dengan nisbah 50:50 yang boleh dilipat bagi memberikan keluasan pada ruang kargo daripada 770 liter kepada 1955 liter. Tempat duduknya dibaluti kulit upholstery.

Bahagian kabinnya juga dilengkapi dengan kokpit ala maya dengan skrin LCD 12.3-inci serta tambahan 8.3-inci dengan grafik resolusi tinggi pada bahagian tengah yang dinaikkan secara automatik daripada papan pemuka ketika enjin dihidupkan.

AudiQ7_Int_24

Selain itu, ia turut memiliki butang penghidup enjin, roda stereng tiga-jejari dengan butang pelbagai fungsi, pedal penukar gear, sistem navigasi MMI dengan fungsi navigasi 3D, infotainmen dan telefon serta sistem bunyi Bose 3D yang disambungkan dengan amplifier 15-saluran dan 19 unit pembesar suara bersama output keseluruhan 558-watt.

Audi Q7 3.0 quattro serba baharu ini juga menampilkan talaan baharu untuk pilihan pemanduan. Selain mod Auto Standard, talaan Dynamic, Efficiency, Comfort dan Individual turut ditawarkan.

Ia turut memiliki ciri Allroad bagi mengharungi gabungan bentuk muka bumi dengan menaikkan ketinggian kenderaan sebanyak 25mm.

Manakala mod Lift/Offroad pula membolehkan SUV ini menerokai laluan sukar dengan menaikkan kenderaan kepada ketinggian, maksimum sehingga 60mm.

Bukan itu sahaja, ia turut dilengkapi dengan pelbagai ciri elektronik dan mekanikal termasuk sistem start/stop dengan janaan semula tenaga, indikator tekanan tayar, Hill Descent Contro, ESC termasuk Kawalan Cengkaman, EBD, ABS, Electronic Differential Lock (EDL), lapan beg udara dan cagak Isofix.

Ditawarkan dengan 10 warna pilihan iaitu Carrara White, Glacier White, Floret Silver, Carat Beige, Argus Brown, Ink Blue, Graphite Grey, Night Black, Orca Black dan Daytona Grey.

Dengan harga atas jalan bermula RM589,900 (dengan GST & tidak termasuk insurans), Audi Q7 3.0 quattro serba baharu ini sudah pun berada di semua bilik pameran Audi mulai hari ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *