BMW 118i bakal berada di pasaran mulai 25 Nov ini – Harga RM119k

By  |  0 Comments

BMW 01

BMW Malaysia telah mengumumkan model varian 1 Series baharu iaitu BMW 118i yang menyertai 120i M Sport sudah pun berada di pasaran tempatan.

Ia dikatakan sebagai model BMW yang paling murah dalam pasaran iaitu berharga RM188,880 (tanpa insurans) yang turut didatangkan dengan jaminan selama lima tahun tanpa perbatuan terhad dan juga Program Servis Berjadual Percuma.

Ia ditawarkan dengan warna Black Sapphire, Mineral Grey, Crimson Red, Midnight Blue dan Alphine White. Ia bakal mula berada di semua bilik pameran BMW di seluruh negara mulai 25 Nov ini.

Dijanakan oleh enjin 1.5 liter TwinPower Turbo tiga-silinder, BMW 118i ini mampu menghasilkan kuasa sehingga 136 hp pada 4,400 rpm dan tork 220 Nm pada 1,250 hingga 4,300 rpm.

BMW 01

Bagi menyalurkan kuasa yang lebih optimum, enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik Steptronic lapan-kelajuan.

BMW 118i ini tampil dengan bampar hadapan yang unik bersama lampu utama hitam berkilat serta skirt sisi yang menyerlahkan lagi imej sporty. Ia turut dipadankan dengan rim M Sport bersaiz 18-inci yang dibaluti tayar 225/45.

Pada bahagian dalamnya, ia turut dipadankan dengan tempat duduk sport balutan kulit upholsteri Sensatec dengan kekemasan berwarna hitam dan merah, roda stereng sport dengan butang pelbagai-fungsi, butang penghidup enjin, penghawa dingin automatik dua-zon, dan sistem bunyi BMW Professional Audio dengan paparan iDrive bersaiz 6.5-inci.

BMW 118i turut dilengkapi dengan enam beg udara, Kawalan Kestabilan Dinamik (DSC) termasuk ABS, Kawalan Kestabilan Automatik (ASC), Kawalan Brek Selekoh (CBC) dan Kawalan Cengkaman Dinamik (DTC) serta cagak Isofix.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *