SDAC PJ2 telah pun dibuka – Bilik pameran & pusat servis Ford baharu serba canggih

By  |  0 Comments

FordSDAC_PJ2_4

Sime Darby Auto Connexion (SDAC), rakan pengedar Ford Motor Company di Malaysia telah mengumumkan pembukaan bilik pameran dan pusat servisnya yang terkini serta canggih yang dikenali sebagai Sime Darby Auto Connexion, Petaling Jaya 2 (SDAC PJ2).

SDAC PJ2 merupakan bilik pameran dan pusat servis Ford yang ke-48 dan paling besar di Malaysia. Ia nyata selari dengan komitmen Ford dan SDAC untuk terus meningkatkan pengalaman pemilikan setiap pelanggan Ford.

FordSDAC_PJ2_2

“Bilik pameran dan pusat servis baharu bertaraf dunia ini merupakan sebahagian daripada pelan pengembangan rangkaian serta penambahbaikan khidmat pelanggan Ford dan SDAC yang bernilai RM140 juta. Kami memudahkan pelanggan untuk berinteraksi dengan kami menerusi pembukaan pusat pengedaran dan meluaskan rangkaian pengedar sedia ada,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Syed Ahmad Muzri Bin Syed Faiz.

Kemudahan berkeluasan 99,400 kaki persegi itu mempunyai 22 ruang penyelenggaraan, lengkap dengan peralatan diagnostik terkini Ford serta dikendalikan oleh pasukan juruteknik bertauliah Ford.

Semua kakitangan pengedaran Ford, termasuklah juruteknik, kakitangan jualan dan servis telah menerima program latihan Ford yang diiktiraf di seluruh dunia demi meningkatkan kepakaran serta memenuhi kehendak pelanggan.

FordSDAC_PJ2_8

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan lounge untuk para pelanggan berehat sementara menanti kenderaan diservis, dengan Wifi secara percuma serta juga disediakan sebuah bilik solat.

“Kualiti servis yang kami tawarkan sama pentingnya dengan kualiti kenderaan Ford yang bertaraf antarabangsa,” kata kata Pengarah Urusan Malaysia dan Pasaran Membangun Asia Pasifik Ford Motor Company, David Westerman.

Sime Darby Auto Connexion, Petaling Jaya 2 terletak di lokasi strategik iaitu di Lot 3, Jalan 51A/219, 46100 Petaling Jaya (sebelah Lebuh Raya Persekutuan, berdepan dengan pengedaran SDAC PJ sedia ada).

FordSDAC_PJ2_7

Bilik pameran itu dibuka dari jam 8:30 pagi hingga 6 petang, Isnin hingga Sabtu, serta 10 pagi hingga 6 petang, pada hari Ahad dan cuti umum.

Sementara waktu operasi pusat servis pula ialah dari jam 8 pagi hingga 5 petang pada setiap Isnin hingga Jumaat. Manakala jam 8:30 pagi hingga 12:30 tengahari pada Sabtu dan tutup pada Ahad dan cuti umum.

Maklumat lanjut, sila hubungi hotline SDAC PJ2 di talian 019-858-1200 atau layari laman web: www.ford.com.my.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *