Subaru Impreza Sedan Concept bakal memasuki produksi hujung 2016

By  |  0 Comments

Subaru_Impreza_Sedan_Concept_6

Bagi yang tidak sabar hendak menatap wajah Impreza Sedan Concept baharu ini, Subaru telah pun menyebarkan foto rasminya sempena dengan penampilannya di Los Angeles Auto Show yang sedang berlangsung.

Direka bagi memberikan gambaran awal model generasi akan datang, model konsep ini telah mengangkat rekaan ciptaan Subaru sendiri iaitu Dynamic x Solid yang lebih berketerampilan.

Autodesk VRED Professional 2016

Kelihatan lebih bergaya dan agresif pada bahagian luarannya, ia juga agak besar sedikit berbanding model sebelumnya.

Bermula dengan bahagian hadapan, ia diserlahkan bersama padanan gril haksagon yang disambung pada lampu utama umpama mata helang dan lampu kabus LED.

Model konsep ini juga ditatarias dengan warna Ruby Red pada kerangka bersama kekemasan hitam berkilat serta pemilihan rim aloi bersaiz 19-inci yang menyerlahkan lagi imejnya.

Gaya serba sporty turut disumbangkan oleh padanan tiang-A yang melengkapkan sifat maskulin pada gerbang roda, garisan aerodinamik penuh karateristik serta kekemasan metalik di sana sini. Malah profil sisi juga turut menyerlah, dengan garisan bumbung ala coupe yang disambung pada bahagian belakang termasuk bersama padanan spoiler.

Impreza Sedan Concept baharu ini dijangka bakal memasuki produksi pada penghujung tahun 2016. Malah ia juga dikatakan bakal dipadankan dengan enjin generasi baharu yang bakal didedahkan oleh Subaru tidak lama lagi.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *