ETCM & AirAsia BIG jalin kolaborasi jangka masa panjang

By  |  0 Comments

Nissan ETCM AirAsia BIG 3

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd telah mengumumkan kolaborasi jangka masa panjang dengan AirAsia BIG menerusi salah satu program kesetiaan daripada syarikat penerbangan tambang murah AirAsia.

Kolaborasi ini membolehkan para pelanggan bukan sahaja boleh menikmati pemanduan yang mengujakan dengan kenderaan Nissan miliki mereka. Bahkan dapat pergi bercuti secara percuma melalui Mata Ganjaran BIG.

Menurut Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr. Ang Bon Beng, “Kerjasama ini pastinya memberikan manfaat kepada kedua-dua syarikat. Malah kami juga mempunyai banyak perancangan menarik untuk kerjasama pada masa akan datang.”

Pengumuman ini dibuat sewaktu penyampaian hadiah Kempen Millionaire Drive ETCM yang berlangsung pagi ini di Paradigm Mall, Kelana Jaya.

Nissan ETCM AirAsia BIG 5

Pada majlis berkenaan, ETCM dan AirAsia BIG menyerahkan hadiah utama iaitu 300,000 mata ganjaran kepada pemenang kempen bulan Oktober iaitu Che Zainun Tun Binti Mohamed. Che Zainun telah membeli seunit Nissan Almera 1.5E At di cawangan ETCM Kota Bahru. Mata ganjaran ini membolehkannya menikmati penerbangan pergi-balik ke Tokyo, Sydney, Beijing, Seoul atau mana-mana lokasi dalam negara sebanyak lima kali.

Selain itu, seramai 14 lagi pemenang hadiah saguhati turut diumumkan. Mereka membawa pulang 50,000 mata ganjaran BIG setiap seorang iaitu penerbangan pergi-balik ke Siem Reap, Yangon, Bangkok atau Chiang Mai.

Sama seperti kempen bulan Oktober, 15 orang pelanggan yang membeli dan mendaftar kenderaan Nisaan pada November dan Disember turut bakal berpeluang memenangi sebahagian daripada 1,000,000 mata ganjaran BIG setiap bulan.

Penebusan mata ganjaran untuk penerbangan AirAsia adalah berdasarkan kepada jualan penerbangan AirAsia atau AirAsia BIG Fixed Points, di mana pelanggan boleh menebus penerbangan percuma ke destinasi impian mereka dengan mudah.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *