Fasa kedua Jalan Segamat-Muar mula dibuka

By  |  0 Comments
Sekadar gambar hiasan

Sekadar gambar hiasan

Jalan baharu Segamat-Muar yang kini sudah memasuki fasa dua membabitkan jarak kira-kira 22 kilometer dengan kos RM330 juta dari bandar ini ke Jementah telah siap sehingga 98 peratus.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata jalan berkenaan yang mula dibina pada 2011 itu merupakan projek naik taraf jalan sedia ada, kini dibuka sepenuhnya kepada pengguna jalan raya.

“Satu lagi fasa pembinaan jalan ini akan bermula pada tahun hadapan manakala tiga lagi fasa dijangka siap melalui Rancangan Malaysia Ke-11 nanti,” ujarnya, memetik laporan Bernama.

Fadillah berkata bagi sambungan tiga lagi fasa sehingga ke Muar pihaknya akan memohon peruntukan tambahan daripada kerajaan persekutuan melalui RMK-11.

Katanya keseluruhan jalan Segamat-Muar itu adalah membabitkan jarak sejauh 64 kilometer yang membabitkan kos keseluruhan sebanyak hampir RM1 bilion.

Menurutnya dua fasa yang hampir siap dibina ini asalnya dibina bagi mengatasi masalah banjir yang sering berlaku di kawasan berkenaan sebelum ini sehingga terputus laluan.

Beliau berkata pada masa yang sama kerajaan mahu mengurangkan impak banjir kepada penduduk setempat apabila siapnya jalan berkenaan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *