Malaysia duduki tangga ke-20 kadar kemalangan tertinggi di dunia

By  |  0 Comments

Crash-accident-collision

Saban hari pasti ada saja berita mengenai kemalangan jalan raya dilaporkan oleh pihak media. Maka, ini tidak memeranjatkan apabila negara kita menduduki tangga ke-20 bagi rekod kadar kemalangan tertinggi di dunia daripada 160 negara.

Memetik laporan yang disiarkan oleh Bernama, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata faktor kelajuan kenderaan menjadi penyumbang utama kadar kemalangan jalan raya di negara ini.

Walaupun pelbagai peraturan dan penguatkuasaan kepada pengguna jalan raya dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) dan pihak polis.

Di mana penunggang motosikal antara yang tertinggi mengalami kemalangan maut.

“Jumlah kemalangan jalan raya tahun ini mencatatkan 361,408 kes dengan 4,940 kes kemalangan maut. Daripada jumlah kes kemalangan maut, 60 peratus mangsa terdiri daripada penunggang motosikal,” katanya.

Sehubungan itu Liow mahu pelbagai langkah pencegahan ditingkatkan untuk para penunggang motosikal bagi menurunkan kadar kematian dalam kalangan mereka selain penguatkuasaan pihak polis dan JPJ.

Sambungnya lagi, “Kami juga akan pastikan kurikulum kelas memandu untuk penunggang motosikal lebih berkualiti dan pastikan penunggang motosikal terutama golongan muda serta warga emas mempunyai lesen memandu.”

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *