JPJ lancar aset baharu bernilai RM22 juta bagi mantapkan operasi

By  |  0 Comments

12208458_10153711344652421_654762789304626235_n

Bagi kelancaran dan memantapkan operasi di seluruh negara, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah melancarkan aset baharu yang terdiri daripada pelbagai jenis kenderaan yang bernilai lebih RM22 juta.

Majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow di Bentong, Pahang, Sabtu lalu.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Ismail Bakar, Ketua Pengarah JPJ Datuk Ismail Ahmad dan Pengerusi MCA Pahang Senator Datuk Hoh Khai Mun.

Aset baharu yang merupakan kenderaan itu terdiri daripada 80 unit Honda CRV, 71 unit Ford Ranger, 20 unit motosikal berkuasa tinggi Kawasaki Versys650 dan 14 unit van Ford Transit, laporan Bernama.

12208571_10153711345887421_1978555052641687797_n

Menurut Liow, buat pertama kalinya, JPJ akan menggunakan motosikal berkuasa tinggi bagi memperkasakan lagi perkhidmatannya di seluruh negara.

Sambungnya lagi, “Bagi memperluaskan lagi operasinya ke kawasan yang lebih jauh, jabatan ini juga akan mula menggunakan kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Rangers yang lebih lasak.”

Liow berharap dengan perolehan aset itu, ia dapat memastikan perkhidmatan JPJ diseluruh negara ditingkatkan dan memberi perkhidmatan terbaik dan menyeluruh kepada masyarakat.

Mengulas penggunaan motosikal berkuasa tinggi dalam operasi JPJ, Liow berkata ia penting terutamanya apabila anggota yang bertugas perlu berhadapan dengan masalah kesesakan lalu lintas di bandar-bandar besar di negara ini.

Pada peringkat awal, sebanyak 10 motosikal berkuasa tinggi akan diserahkan untuk kegunaan JPJ Selangor dan 10 lagi untuk JPJ Kuala Lumpur.

“Kita juga merancang menambah kenderaan berkenaan di bandar-bandar besar lain seperti Ipoh dan Johor Baharu pada tahun depan berdasarkan kepada keperluan dan peruntukan yang kita ada,” katanya.

Sumber foto : FB rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *