Empat pelajar bertuah memenangi lawatan sambil belajar ke luar negara tajaan Volvo Malaysia

By  |  1 Comment

Picture 3

Empat orang pelajar pusat pengajian tinggi telah terpilih menerima tajaan lawatan sambil belajar ke luar negara oleh Volvo Valaysia. Ini berikutan kejayaan pelajar-pelajar tersebut memenangi Pertandingan Inovasi Keselamatan Jalan Raya iSTREC 2013.

Majlis penyampaian hadiah tajaan tersebut telah berlangsung semalam di ibu pejabat Volvo Malaysia yang terletak di Shah Alam. Ia turut dihadiri oleh Duta Sweden ke Malaysia, Bengt Carlsson, selaku tetamu terhormat.

Ia merupakan penganjuran kali pertama dengan kerjasama antara Volvo Malaysia dan rakan rasmi iSTREC iaitu Agensi Inovasi Malaysia (AIM) serta Universiti Putra Malaysia (UPM).

Muhammad Isa Lim dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama dan berpeluang membuat lawatan sambil belajar ke Sweden. Tempat kedua pula dimenangi oleh Seri Budiman Hakim Masduki dan Mohamad Hamizan Halim, kedua-duanya juga daripada UMS yang terpilih berkunjung ke Thailand.

Manakala Gary Chen dari Universiti Malaysia Kelantan pula memenangi tempat ketiga dan berpeluang ke Singapura untuk lawatan sambil belajar. Lebih 700 penyertaan dari seluruh negara bersaing di dalam cabaran ini.

ISTREC atau “Penyelesaian Inovasi untuk Mengurangkan Perlanggaran antara Trak dan Motosikal’ adalah langkah inisiatif dan kerjasama antara Volvo Trucks, AIM, UPM, Business Sweden dan Pusat Keselamatan Trafik dan Kenderaan Sweden (SAFER).

Ia ditubuhkan pada Januari tahun lalu sebagai mandat kepada iSTREC untuk kerjasama, mencari jalan penyelesaian dan menyarankan solusi untuk mengurangkan kadar pelanggaran yang membabitkan trak dan motosikal di Malaysia.

Pertandingan Inovasi Keselamatan Jalan Raya iSTREC 2013 dianjurkan sebagai salah satu program naungan iSTREC. Ia dilancarkan pada September tahun lalu ketika berlangsungnya Hari Inovasi Sweden-Malaysia, yang memfokuskan kesedaran pemanduan selamat melalui pelajar dan juga orang awam. Di mana para pelajar dan orang awak disarankan untuk meningkatkan kreativiti dan idea mereka bagaimana hendak mempertingkatkan lagi keselamatan jalan raya bagi pemandu trak dan penunggang motosikal.

Pertandingan yang berlangsung selama dua bulan itu membolehkan para peserta menghantar mesej yang paling bermakna melalui rakaman video pendek atau apa juga genre berdasarkan kreativiti mereka sendiri berkenaan dengan isu yang diutarakan ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *