SPYSHOT : Proton Iriz sedan sedang diuji – Bakal menggantikan model Persona

By  |  1 Comment

Proton_Iriz_sedan_2

Setelah disahkan oleh Pengerusi Proton, Tun Mahathir Mohamad, tidak lama lagi Proton bakal memperkenalkan model baharu bagi menggantikan model Persona sedia ada.

Menerusi foto spyshot yang diambil dari Facebook Proton Iriz Community (Malaysia) yang dihantar oleh Faris Farhad ini, kelihatan model Proton yang dibaluti camouflage sepenuhnya sedang diuji. Ia seakan mengesahkan model tersebut adalah Iriz sedan yang dijangka bakal menggantikan Persona.

Walau pun foto ini tidak begitu jelas menunjukkan perinciannya, namun kelihatan bentuk bumbungnya dan antena ‘sirip jerung’ serta bahagian belakang dengan bampar yang lebih lebar.

Proton dijangka memperkenalkan model perdana bagi Persona ini bersama dengan Proton Saga baharu serta model pengganti bagi Persona pada tahun hadapan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *