Diskaun tol 20% di Jambatan Sultan Abdul Halim sempena Deepavali

By  |  0 Comments

Penang 2nd bridge

Syarikat konsesi Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) telah mengeluarkan kenyataan semua kelas kenderaan yang menyeberang masuk ke Pulau Pinang dari tanah besar melalui Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) akan menikmati diskaun tol 20% mulai tengah malam sehingga 11.59 malam pada 10 Nov sempena perayaan Deepavali.

Menurut Pengarah Urusannya, Datuk Dr Ismail Mohamed Taib, kenderaan yang memasuki jambatan melalui Plaza A di Plaza Tol Bandar Cassia atau Plaza Tol JSAHMS akan menikmati diskaun ini.

Kataya, “Ia bukan sahaja sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat tetapi ia juga sebagai cara bagi kami untuk melahirkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada semua pengguna kami terutama mereka yang menggunakan jambatan sejak ia dibuka tahun lepas.”

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *