Kia anjur Hari Pelanggan Kia di semua bilik pameran mulai 6 hingga 8 Nov ini

By  |  0 Comments

Red Cube- Rawang

Sempena dengan kempen Tawaran Hebat, NAZA KIA Malaysia menganjurkan Hari Pelanggan Kia mulai 6 hingga 8 Nov di semua bilik pameran Kia di seluruh negara. Ini termasuklah Naza Kia Malaysia Glenmarie dan Kia Red Cube Petaling Jaya.

“Tawaran ini adalah untuk memberikan penghargaan buat para pelanggan kami. Hari Pelanggan Kia dan Kempen Tawaran Hebat ini menawarkan nilai yang terbaik dari segi harga dan pelbagai lagi tawaran menarik buat para pelanggan,” ujar Dato’ Samson Anand George, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Naza Automotive Group, Naza Corporation Holdings.

Dalam Program Tukar-Milik dan Tawaran Hebat, para pelanggan berpeluang memiliki baucer servis bernilai RM500 dan peranti mudah alih WiFi apabila mendaftar. Malah turut berpeluang mendapat diskaun sebanyak 15% untuk alat ganti.

Bagi tempoh masa terhad, pelanggan yang mendaftar juga berpeluang menikmati rebat sehingga RM12,000 dan servis penyelenggaran percuma selama tiga tahun/60,000km apabila membeli alat ganti Kia dalam Kempen Tawaran Hebat ini.

OptimaK575

Terdapat enam model Kia yang terpilih untuk kempen ini iaitu Kia Picanto, Kia Rio, Kia Cerato, Kia Optima K5, Kia Sportage dan Kia Sorento.

Bagi pelanggan Kia sedia ada yang ingin menyertai Program Tukar-Milik, pemilih disarankan membeli model baharu Kia bagi menggantikan model sedia ada. Dalam masa yang sama turut berpeluang menikmati rebat sehingga RM12,000 dan dan servis penyelenggaran percuma selama tiga tahun. Sebanyak RM3,000 juga akan diberikan bagi kempen pindah-milik sedia ada.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *