GALERI : Mercedes-Benz Dream Cars Collections penuh keterujaan

By  |  0 Comments

MBB_IK

Sebelum Infokereta.com memaparkan ulasan pandu uji lima model yang diperkenalkan oleh Mercedes-Benz Malaysia (MBM) bagi Dream Cars Collection, nah cuci mata dulu dengan lambakan foto model-model tersebut.

Model-model penuh berprestasi tinggi, berkuasa, pengendalian serba mantap, sporty dan pastinya serma mewah yang berada di dalam barisan Mercedes-Benz Dream Cars Collections ialah Mercedes-AMG S-Class Coupe, Mercedes-Benz E 250 Coupe, Mercedes-AMG GT S, Mercedes-AMG C 63, CLS Coupe dan CLS 250.

Bagi C 63 AMG S, ia tampil dengan penanda aras yang tersendiri. Dengan kuasa ekstra yang dihamburkan, darat dengan pelbagai teknologi terkini dan pastinya daya pecutan yang mengagumkan, jentera ini mampu meledakkan adrenalin tanpa batasan. Ia juga merupakan kombinasi terbaik kereta sport dan kereta yang boleh digunakan sebagai pengangkutan seharian.

Mercedes-Benz CLS Coupe (4)

Manakala CLS Coupe dan CLS 250 pula, kedua-duanya saling mempamerkan kehebatan yang tersendiri. Paling menguja, ia tampil dengan imej yang penuh elegan dan serba mewah yang amat sesuai untuk mereka yang bercitarasa tinggi. CLS 250 bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Satu lagi jentera yang mengagumkan ialah E 250 Coupe, walau pun imejnya ada biasan model kolasik namun prestasi yang dipersembahkan cukup menambat hati.Ia juga menampilkan teknologi pemanduan dan pelbagai elemen terkini.

Mercedes-Benz E 250 Coupe (1)

S-Class Coupe… penuh dinamik, estetika dan tampil dengan karakter yang tersendiri. Ia umpama karya moden yang terkini di dalam industri automotif.

Sesuai untuk mereka yang mendambakan ledakan adrenalin luar biasa, AMG GT S pilihan yang sangat tepat! Semangat perlumbaan pantas meresapi dalam jiwa disaat pedal pendikit ditekan. Malah bunyi yang dihamburkan dari ekzos turut membakar semangat menjadi lebih membuak-buak.

Mercedes-AMG C 63

Mercedes-AMG GT S

Mercedes-AMG S-Class 63 Coupe

Mercedes-Benz CLS Coupe

Mercedes-Benz E 250 Coupe

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *