TOKYO 2015 : Toyota S-FR gambaran terkini jentera sport

By  |  0 Comments

Toyota_S_FR_TMS_IK 002

Pengunjung Tokyo Motor Show 2015 turut disajikan dengan model konsep Toyota S-FR, jentera sport yang memiliki gaya lebih klasik namun menyerlah dengan kehebatan yang tersendiri.

Saiznya sedikit kecil berbanding Toyota 86 iaitu berukuran 3,990 mm panjang, 1,695 mm lebar dan 1,320 mm tinggi. Manakala jarak rodanya pula berukuran 2,480 mm.

Toyota_S_FR_TMS_IK 004

Rekaan yang sedikit bulat dan ringkas dengan sentuhan gaya klasik memberikan keunikan buat jentera ini. Padanan warna kuning terang pada kerangka dengan kontra warna hitam pada bahagian bumbung menampakkan ciri yang lebih sofistikated.

Ruang dalamannya juga agak ringkas dan didatangkan dengan kluster instrumen digital sepenuhnya dan memiliki beberapa butang kawalan termasuk sistem kawalan suhu, USB port, butang penghidup enjin dan soket kuasa.

Toyota S-FR ini dijanakan oleh enjin 1.5 liter aspirasi-natural yang dipadankan bersama transmisi manual enam-kelajuan.

Terdapat khabar angin yang mengatakan, model konsep S-FR ini bakal diproduksikan pada tahun 2018. Benar atau tidak, tunggu perkembangannya dari Toyota.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *