TOKYO 2015 : Subaru Forester facelift diperkemas kinikan

By  |  0 Comments

Subaru_Forester_Facelift_TMS_IK 002

Subaru Forester versi facelift turut dipamerkan di Tokyo Motor Show 2015 dan kelihatan mengalami perubahan yang lebih moden dan menawan.

Bahagian hadapannya telah dipadankan dengan set baharu lampu utama projektor LED dengan lampu nyalaan siang berbentuk-C, seperti mana yang ditampilkan pada model terkini BRZ, Legacy, Outback dan WRX.

Selain itu, gril hadapannya juga telah direka semula dan bampar juga telah diberikan bentuk yang lebih kemas.

Forester facelift initurut menerima pembaharuan rim aloi dua tona dengan saiz 17- dan 18-inci. Sementara itu, lampu belakangnya juga lebih kurang sama dengan lampu utama iaitu berbentuk-C.

Subaru_Forester_Facelift_TMS_IK 008

Bahagian kabin juga turut menerima penambah baikan termasuk menampilkan panel instrumen baharu dengan skrin paparan pelbagai-informasi LCD. Malah kekemasan dalaman turut dihiasi dengan material kulit termasuk pemegang pintu.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan sistem navigasi SD, pemanah bahagian perehat kepala dan fungsi memori bagi tempat duduk pemandu.

Subaru_Forester_Facelift_TMS_IK 013

Bagi spesifikasi mekanikalnya, Forester ini turut menerima penambah baikan pada bahagian casis AWD dan NVH bagi meningkatkan lagi kuasa dinamik kenderaan dan keselesaan pemanduan. Malah ia turut melibatkan penambah baikan kotak gear Lineartronic CVT.

Forester facelift ini dijanakan oleh enjin 2.0 liter aspirasi-natural yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 150 PS dan 198 Nm. Enjin turbo juga turut ditawarkan, dengan hamburan kuasa sehingga 240 PS dan tork 350 Nm.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *