TOKYO 2015 : Lexus mempertontonkan model konsep LF-FC

By  |  0 Comments

Lexus_LF_FC_TMS_IK 001

Lexus turut mengambil kesempatan mempertontonkan model konsep terkininya, Lexus LF-FC iaitu generasi baharu bagi Lexus LS.

Dengan konsep rekaan yang terserlah serta diimplementasikan pelbagai teknologi terkini, pastinya Lexus LF-FC ini mampu menjadi sedan premium perdana pada masa akan datang.

Model konsep ini memiliki ukuran 5,300 mm panjang, 2,000 mm lebar dan 1,410 mm tinggi, mempertaruhkan konsep rekaan berfalsafah Lexus L-finess . Rekaan gril hadapannya nampak sungguh garang dan maskulin, diserikan dengan lampu nyalaan siang berbentuk-L yang menyerlahkan lagi imejnya.

Lexus_LF_FC_TMS_IK 005

Menyoroti bahagian belakangnya pula, lampu yang kelihatan tajam berbentuk-L ini turut memberikan imbasan gaya yang menawan.

Garisan bumbung landai pula membuatkan model konsep ini kelihatan seperti jentera coupe empat-pintu.

LF-FC ini turut digayakan dengan rim aloi aluminium dan gentian karbon yang diperkukuhkan dengan plastik bersaiz 21-inci.

Lexus_LF_FC_TMS_IK 006

Bagi bahagian kabinnya, ia terbahagi pada dua seksyen iaitu atas dan bawah. Lexus berkata, bahagian atas memudahkan pemandu memberi fokus yang lebih optimum terhadap pemanduan.

Bagi LF-FC, Lexus menerapkan teknologi terkini yang lebih canggih. Antaranya bahagian pemukaan yang boleh dikawal dengan pergerakan tangan. Bermakna ia tidak memerlukan sebarang panel kawalan.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan imej holografik pada bahagian konsol tengah untuk mengesan pergerakan tangan yang mengendalikan kawalan bagi audio dan penghawa dingin.

LF-FC ini dijanakan oleh sistem bahan api sepenuhnya yang menghantar kuasa ke roda belakang. Ia juga ditempatkan dua motor pada bahagian roda hadapan yang membolehkan LF-FC ini mempunyai fungsi pacuan empat-roda.

Komponen bahan api pula diletakkan di bahagian belakang bersama unit kawalan kuasa dan tangki hidrogen yang dikonfigurasi secara formasi-T bagi mengotimakan berat.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *