Pertandingan Reka Bentuk Proton 2015 : Keputusannya akan diumumkan tidak lama lagi!

By  |  0 Comments

Proton Design Competition 2015

Pertandingan Reka Bentuk Proton 2015 yang dianjurkan oleh Proton Holdings Berhad telah pun menerima 427 penyertaan. Ia berlangsung selama 14 minggu iaitu dari 18 Jun hingga 17 September 2015.

Ia dibuka untuk dua kategori iaitu Kategori 1 yang terbuka untuk pelajar sekolah berusia antara 13 hingga 17 tahun (yang lahir pada tahun 1998 hingga 2002).

Manakala Kategori 2 pula terbuka kepada individu yang berusia 18 tahun dan ke atas (lahir pada/sebelum 1997) dan hanya merupakan penyertaan individu sahaja.

Proton-Design-Competition-2015-4

Pemenang bagi pertandingan ini bakal menerima wang tunai dengan jumlah yang lebih besar berbanding tahun lalu iaitu RM10,000, RM7,000 dan RM5,000 untuk tempat pertama, kedua dan ketiga bagi Kategori 1.

Manakala bagi Kategori 2 pula. wang tunai sebanyak RM15,000, RM10,000 dan RM7,000 bakal menanti pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga. Manakala hadiah saguhati di tempat ke-empat dan ke-10 bagi kedua-dua kategori bakal menerima wang tunai sebanyak RM1,000 berserta sijil penyertaan dan medal atau pun trofi.

Setelah melalui proses penjurian yang diketuai oleh Ketua Pereka Proton, Azlan Othman dan diserta oleh juri jemputan dari Fakulti Rekaan UiTM serta Paultan.org dan Infokereta.com, pihak Proton bakal mengumumkan keputusan akhir tidak lama lagi.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *