TOKYO 2015 : Toyota Kikai ciptaan penuh seni

By  |  0 Comments

Toyota_Kikai_TMS_IK 005

Toyota memang banyak memperkenalkan model konsep dalam Tokyo Motor Show 2015 yang memasuki hari ketiga. Paling mendapat perhatian ialah Toyota Kikai.

Kikai atau membawa maksud ‘jentera’ dalam bahasa Jepun dan ia dibina bagi menampakkan keunikan sesebuah kereta. Jika kereta produksi lain biasanya komponenanya terlindung di sebalik panel, namun Kikai memang ingin ‘menampakkannya’. Ini termasuklah bahagian enjin, suspensi, paip ekzos dan tangki bahan api.

Toyota_Kikai_TMS_IK 007

Itulah keistimewaan Kikai yang dipadankan dengan penjana kuasa hibrid.

Biarpun kompenan terbabit kelihatan ‘terdedah’ namun penumpangnya tidak perlu khuatir kerana bahagian kabinnya diperbuat daripada struktur yang teguh dan kukuh iaitu polimer gentian karbon.

Toyota_Kikai_TMS_IK 006

Kikai mampu memuatkan tiga penumpang dewasa iaitu seorang pemandu di hadapan dan dua penumpang di tempat duduj belakang.

Cuba tengok foto di bawah ini, adakah konsep Kikai ini sesuai untuk dipraktikkan pada model produksi? Apa kata anda?

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *