TOKYO 2015 : Subaru Impreza 5-pintu akan diproduksikan pada tahun 2017

By  |  0 Comments

SUBARU_IMPREZA_5DOOR_TMS_IK 023

Subaru turut mengambil kesempatan memperkenalkan model konsep Subaru Impreza 5-pintu di Tokyo Motor Show 2015 yang memasuki hari kedua.

Model konsep ini memberikan bayangan rekaan yang bakal diperagakan bagi model Subaru Impreza generasi seterusnya.

Mempertaruhkan imej yang lebih futuristik, konsep ini akan diimplementasikan pada varian sedan dan hatch. Subaru juga telah mengesahkan Subaru Impreza generasi baharu akan diproduksikan pada tahun 2017.

Subaru menggambarkan Impreza generasi baharu ini sebagai “Prominence 2020” iaitu ia merupakan strategik baharu bagi kenderaan di bawah seliaan Fuji Heavy Industries’ Mid-Term Management Vision.

Bagi model konsep ini, ia dijanakan oleh enjin 1.6 liter dan 2.0 liter aspirasi-natural iaitu sama seperti model Levorg. Walau bagaimana pun, Mitsubishi belum bersedia mendedahkan perincian lanjut mengenainya lagi.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *