TOKYO 2015 : Mitsubishi eX concept tampil dengan AWD elektrik tulen sepenuhnya

By  |  0 Comments

Mitsubishi_Ex_Concept_TMS_IK 019

Mitsubishi eX concept antara model konsep yang mendapat perhatian ramai di dalam penganjuran Tokyo Motor Show 2015 yang telah membuka tirainya pada umum semalam.

Model konsep crossover kompak ini mewakili model EV akan datang yang dipadankan dengan penjana kuasa elektrik asli sepenuhnya dengan gabungan pacuan empat-roda.

Ia turut diserapkan dengan pelbagai teknologi pemanduan serta sistem bantuan dan keselamatan untuk pengendalian yang lebih selamat.

Mitsubishi_Ex_Concept_TMS_IK 014

Imej bagi setiap sudutnya juga mudah menarik perhatian. Menurut Mitsubishi, reka bentuk model konsep ini bakal mempengaruhi model produksi masa hadapan.

Kemungkinan besar ia akan diserapkan pada model ASX generasi akan datang yang akan diperkenalkan pada tahun hadapan. Mitsubishi kini sedang membangunkan model ASX generasi baharu yang kemungkinan besar akan ditampilkan di Geneva Motor Show pada Mac 2016.

Mitsubishi_Ex_Concept_TMS_IK 013

Mitsubishi eX concept diimplementasikan dengan bahagian hadapan Shield Dynamic bersama lampu utama berganda dengan teknologi LED. Manakala lampu belakangnya pula berbentuk boomerang.

Ia juga menggunakan konsep pintu yang unik dan mempunyai kamera pada kedua belah sisi yang menggantikan cermin konvensional.

Manakala bahagian kabinnya pula dilengkapi dengan paparan skrin sesentuh dengan bentangan yang lebih konvensional termasuk menampilkan butang dan tombol kawalan ala tradisional.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *