Tokyo 2015 : Nissan Concept 2020 Vision Gran Turismo

By  |  0 Comments

Nissan_Concept_2020_Vision_GST_IK_TMS 014

Sempena dengan penganjuran Tokyo Motor Show kali ke-44 ini, Nissan turut mengambil kesempatan mendedahkan model konsep Concept 2020 Vision Gran Turismo.

Unit model konsep yang begitu menyerlah dengan warna merah ‘Fire Knight’ ini sebenarnya hasil ilham permainan video perlumbaan, Gran Turismo 6 yang akhirnya telah ditransform menjadi model nyata. Ia pernah dipertontonkan di penganjuran Goodwood Festival of Speed 2014.

Nissan_Concept_2020_Vision_GST_IK_TMS 009

Memiliki bentuk kerangka yang sungguh menggiurkan, perincian gentian karbon merajai segenap permukaan. Ia ‘dibikin’ seperti jentera lumba, bukannya kenderaan yang digunakan di jalan biasa.

Jentera ini ditampilkan dengan gril V-motion pada bahagian hadapan dan tengah. Beberapa elemen GT-R juga kelihatan termasuklah corong bonet berkembar, lampu utama yang lebih nipis, wing belakang bersaiz besar, peresap belakang yang lebih besar dan lampu belakang ikonik yang serba bergaya.

Model konsep Concept 2020 Vision Gran Turismo ini adalah hasil Studio Rekaan Nissan Eropah. Ia dibangunkan dengan kejuruteraan dari Pusat Teknikal Nissan di Atsugi, Jepun. Malah ia juga dikatakan sebagai model pratonton Nissan GT-R (R36) generasi akan datang.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *