Tokyo 2015 : Mazda RX-Vision – Model konsep baharu bagi rotary

By  |  0 Comments

Mazda_RX_Vission_IK_TMS 012

Mazda turut ‘mengambil berkat’ kegemilangan Tokyo Motor Show 2015 dengan memperkenalkan model konsep RX-Vision.

Digambarkan sebagai “visi masa hadapan Mazda yang diharapkan bakal menjadi realiti suatu hari nanti”, model konsep ini merupakan jentera sport pacuan roda-belakang yang turut menerapkan rekaan penuh bergaya KODO.

Walau bagaimana pun, Mazda tidak berkata banyak mengenai jentera ini. Mungkin masih banyak lagi perubahan yang ingin dilakukan sekiranya mahu merealisasikannya sebagai model produksi.

Mazda_RX_Vission_IK_TMS 014

Bagi RX-Vision ini, bahagian hadapannya kelihatan agresif termasuk penampilan gril yang mantap, diserikan lagi dengan lip spoiler hadapan. Ia turut ditampilkan dengan rim aloi yang besar, hud aliran udara, corong dapra hadapan, peresap belakang dan sistem ekzos berkembar.

Manakala bahagian dalamannya menampilkan rekaan yang minimalis dengan papan pemuka balutan kulit, roda stereng tiga-jejari dan kluster instrumen. Kabinnya turut menerima sentuhan kekemasan gentian karbon dan pedal aloi.

Model konsep RX-Vision ini dijanakan oleh enjin SKYACTIV-R rotary serba baharu. Mazda turut berahsia perincin mekanikal selanjutnya. Tetapi berkata, pihaknya “tidak akan berhenti dari terus membuat kajian dan pembangunan bagi enjin rotary“.

Menurut CEO Mazda, Masamichi Kogai, “Mazda akan terus menyahut pelbagai cabaran baharu dan membina produk yang lebih berkualiti dan istimewa untuk semua pelanggan kami.”

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *