Lot parkir untuk OKU akan dicat warna biru – MBPP

By  |  0 Comments

oku-parking-lot-abused

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah mengeluarkan kenyataan, lot parkir yang dikhas untuk golongan kurang berupaya (OKU) bakal dicat dengan garisan berwarna biru bagi membezakannya dengan petak parkir biasa yang dicat dengan garisan kuning, laporan TheSun.

Yang DiPertua MBPP, Chris Lee, berkata, langkah ini bertujuan untuk mengelakkan pemandu yang tidak bertanggungjawab daripada meletak kenderaan di lot parkir OKU kerana petaknya telah dibezakan warna.

“Ini merupakan salah satu inisiatif kami bagi membuatkan pulau ini lebih mesra golongan OKU,” ujar Lee.

Lot parkir bagi golongan OKU ini berukuran 6.8 m panjang dan 3.6 m lebar bagi memudahkan mereka keluar-masuk dari kenderaan masing-masing serta memberikan lebih keselesaan untuk mereka memarkir.

MBPP menjangkakan kerja-kerja mengecat lot parkir ini yang terdapat di 38 kawasan siap menjelang November ini. Kos bagi mengecat satu petak parkir adalah sekitar RM250.

Lee turut menambah, MBPP akan lebih tegas terhadap pemandu normal yang ingkar dengan memarkir di petak parkir OKU. “Pemandu yang melakukannya boleh dikompaun sebanyak RM100 dan mungkin kenderaan mereka akan ditunda caj tambahan sebanyak RM100 bagi kos penundaan.”

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *