Proton Satria Neo akan dihentikan produksinya hujung tahun ini

By  |  0 Comments

Neo4AT02

Adakah benar pengeluaran Proton Satria Neo bakal ditamatkan pada akhir tahun ini? Ya, ia telah disahkan sendiri oleh pihak yang menguruskan laman media sosial Facebook rasmi Proton Motorsports.

Satria Neo merupakan Satria generasi kedua yang dilancarkan pada tahun 2006. Sejak itu, model hatchback ini telah menerima banyak penambah baikan. Paling terkini ialah pada Januari tahun lalu iaitu Satria Neo Standard 4AT yang diberi penambah baikan berdasarkan versi Satria Neo Standard MT.

Ia dijanakan oleh enjin 1.6 Campro CPS yang mampu menghamburkan kuasa 125 hp pada 6,500rpm dan tork 150 Nm pada 4,500rpm. Manakala bagi transmisi, ia menggunakan kotak gear automatik dengan empat kelajuan.

Apa pun, kena tunggu jawapan rasmi daripada Proton sendiri dan mungkin syarikat ini mempunyai alasan munasabah mengapa terpaksa menamatkan riwayat Satria yang pernah menjadi antara kenderaan terhangat di pasaran suatu ketika dahulu.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *